Sabtu, 21 November 2015

ON CALL

21/11/2015@ 22:30 PM

"ON CALL"

Siapa tau apa tu "on call" ?? haaaaa??? apa tu??
cuba jawab siapa dapat jawab dapat hadiah.. jeng..jeng..jeng..
Kalau tau, bijak..bijak.
Kalau siapa yang tak tau tu njoy beritahu ye.

meh fokus kat " on call" 


Image result for on call nurse

Perkataan “on call” digunakan untuk kerja kerja lebih masa selepas waktu pejabat, after 5.00pm. Individu tersebut akan berkerja atas panggilan ketika diperlukan yang bukan meliputi waktu berkerja. faham tak? faham kan..

Bermula hari isnin - jumaat "on call" akan bermula selepas pukul  5.00 petang sampai la ke 7.00 atau 8.00 pagi. Itu untuk hari kerja biasa. 
Hujung minggu sabtu dan ahad waktu kerja akan dikira dari 8.00 am- 8.00 am esoknya. " On call ni dikra 24jam seharian la. Dari muka cantik-cantik sampai la ke kusut masai.

"On call" ni biasanya digunakan dalam khidmat kesihatan. Terutamanya doktor. tapi jangan terkejut. Jururawat, pembantu pegawai perubatan (MA) orang x-ray pun ada jugak " oncall" dan ramai lagi la cuma tak tersebut je. nanti berjela pulak.

Tak kisah lah kerja sebagai apa pun, yang pastinya khidmat "on call" ini sangat diperlukan. Ini bagi memastikan setiap apa jua situasi akan ada individu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memikul tugasan selepas waktu pejabat. Paling penting bagi individu yang buat "on call" ni RMxxxx masyukkkkkk...


itu sahaja untuk hari ini. salah silap harap dimaafkan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan